Ilmu yang diusahakan mestilah yang tidak ditunda untuk mendapatkannya. Kita berani menentukan langkah. Seterusnya ilmu mengenai pengurusan kewangan dan perancangan kewangan perlu dikuasai. Membangunkan komitmen dan fokus mencari ilmu kewangan serta memanfaatkan semua peluang yang ada juga diperlukan dalam mencari ilmu kewangan. Kekayaan yang diperolehi mesti di pertahankan dengan pelbagai cara. Hal ini penting agar aset yang dimiliki dengan susah payah tidak habis karena kelalaian diri sendiri. Mempertahankan aset yang dimilik juga perlu dilakukan. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempertahankan aset ialah seperti amalkan cara hidup mengikut keperluan, bukan bermewah – mewah, menyiapkan dana masa depan untuk diri dan keluarga, membuat strategi untuk meningkatkan aset dan memiliki mental yang kuat dalam pengurusan kewangan.